AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH SETEMPAT
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
DUA6022 – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING
DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH
SETEMPAT
SESI JUN 2017
PENSYARAH: PUAN SURIA EMBONG
NAMA
|
NO. PENDAFTARAN
|
FATHUL RIZAL BIN BASHORI
|
12DEE15F1008
|
VIVAKANANTHA A/L VISWANATHAN
|
12DEE15F1012
|
LEE EIK KIAN
|
12DEE15F1025
|
ISI KANDUNGAN
NO.
|
KANDUNGAN
|
1.
|
PENGENALAN
|
2.
|
ISI - ISI PENTING
|
1.1 SEMANGAT KEJIRANAN
|
|
1.2 LANGKAH- LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT
KEJIRANAN
|
|
1.3 PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN
SEMAKIN LUNTUR
|
|
1.4 KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
|
|
1.5 KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
|
|
1.6 KEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT
KEJIRANAN
|
|
1.7 ADAB-ADAB BERJIRAN
|
|
3.
|
KESIMPULAN
|
4.
|
LAMPIRAN
|
5.
|
RUJUKAN
|
PENGENALAN
Salah
satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup
bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak
boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah
menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat
sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu,
bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat
menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan
salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling
menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan
baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.
Dalam
e-folio ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep kejiranan yang
sebenar. Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat
semakin pupus dari masa ke masa. Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah
sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa kepentingan kejiranan. Oleh itu,
dalam e-folio ini akan mendedahkan semangat kejiranan, punca punca semangat
kejiranan yang semakin luntur, langkah-langkah memupuk semangat kejiranan, kepenting
semangat kejiranan dan kebaikan kejiranan dalam masyarakat.
ISI-ISI PENTING
Jiran
merupakan orang yang tinggal berdekatan dan berhampiran dengan kita. Ini dapat
memupuk persefahaman dan dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri pelbagai
kaum dinegara kita. Pada zaman dahulu, hubungan kejiranan sangat rapat bagaikan
saudara sendiri. Bak pepatah ‘bagai aur dengan tebing’ berbeza dengan zaman
kini yang begitu sibuk dengan hal sendiri. Bak kata pepatah ‘bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing’.
Apabila
kita mempunyai semangat kejiranan ia merupakan aspek yang penting dalam
kehidupan. Jiran haruslah mempunyai sifat dan semangat untuk menjadikan sebuah
masyarakat yang lebih baik.kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Perpaduan wujud apabila semangat kejiranan yang terjalin. Perpaduan yang teguh
menjadi dasar pembangunan negara ke arah yang lebih maju tahun 2020 untuk
mencapai status negara maju. Jiran sepakat membawa berkat.kata-kata ini membawa
kesepakatan yang lebih baik.
Semangat
kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Adanya nilai
yang baik, saling tolong menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan.ia
dapat mewujudkan satu suasana yang aman dan harmoni. Antara perkara yang boleh
kita lakukan untuk mengeratkan silaturrahim dengan mengadakan gotong royong.
Masyarakat dapat menghulurkan bantuan antara satu sama lain bagi membersihkan
kawasan persekitaran yang lebih bersih. Hubungan kejiranan bagaikan aur dengan
tebing dapat mewujudkan suasana aman dan harmoni.
Seterusnya,
semangat kejiranan yang teguh dapat melahirkan masyarakat lebih cekap. Hubungan
yang baik dapat menjadikan hubungan mereka lebih akrab. Semua pekerjaan dapat
dilaksanakan dengan lebih teratur, berkerjasama, lebih cepat dan mudah. Ia
dapat menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Semangat kejiranan dapat
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Di Malaysia
terdapat pelbagai kaum dan agama. Antaranya ialah bangsa melayu, cina, india
dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum mempunyai adat dan
tradisi masing-masing.
Akhir sekali, semangat kejiranan dapat
menjadikan rumah kita lebih selamat daripada ancaman jenayah. Adanya mereka,
kawasan perumahan kita dijaga dengan lebih ketat dengan tertubuhnya persatuan
jiran tetangga. Mereka akan membuat rondaan secara bergilir-gilir bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini terus berlaku.
Dengan
adanya rondaan, keselamatan penduduk lebih terjamin dan ibu dan bapa tidak
perlu lagi risau untuk melepaskan anak-anak bermain disekitar rumah. Kejadian
seperti mencuri merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan.
Kesimpulannya, masyarakat yang sepakat membawa berkat dalam kehidupan kita
seharian dapat meningkatkan tahap keselamatan yang lebih baik.
Perpaduan
merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara yang
harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh. Sememangnya
tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya
semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu, setiap individu haruslah
memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan
kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu, semangat kejiranan semakin
luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru, senario ini haruslah disusuli
dengan langkah yang efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini
terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Terdapat
pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memupuk semngat kejiranan, antaranya
menghidupkan kembali amalan bergotong-royong. Hal ini membolehkan masyarakat
bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan kawasan
kediaman, memperbaiki alat kelengkapan di taman-taman perumahan, menebas
semak-samun yang mungkin menjadi tempat persembunyian para penjenayah dan
sebagainya. Amalan bergotong-royong ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
sesama anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan latar
belakang. Aktiviti ini juga boleh melahirkan semangat kerjasama sesama jiran,
bak kata pepatah “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”. Oleh itu,
kita mestilah menghidupkan kembali amalan bergotong-royong kerana amalan ini
dapat menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Di
samping itu, kempen mengadakan amalan rumah terbuka juga merupakan salah satu
langkah yang boleh menghidupkan kembali semangat kejiranan. Melalui amalan ini,
ziarah-menziarahi dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat terutama pada
hari-hari perayaan kaum masing-masing. Amalan rumah terbuka ini memberi ruang
kepada masyarakat untuk menjalin kemesraan walaupun mereka menyambut perayaan
yang berbeza. Sebagai contoh, penduduk berketurunan India menziarahi jirannya
yang beragama Islam pada Hari Raya Aidilfitri dan orang Iban yang berjiran
dengan penganut Kristian akan mengunjungi jiran mereka pada hari Natal, sekali
gus dapat mengeratkan hubungan kejiranan sesama insan. Oleh itu, kempen amalan
rumah terbuka harus diperhebatkan lagi agar boleh mendatangkan pelbagai manfaat
dan kebaikan kepada seluruh warga Malaysia yang mendiami di bumi bertuah ini.
Setersunya,
langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah
mengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan
silaturahim sesama jiran. Malah, amalan ziarah-menziarahi ini sangat digalakkan
dalam Islam. Misalnya, apabila jiran bertandang ke rumah, sudah semestinya kita
akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh adab
sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesama
individu. Oleh itu, amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam
masyarakat.
Akhir
sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak wajar dipandang enteng.
Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu perkara yang sangat penting dalam
masyarakat. Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-usaha yang boleh
mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita. Sebesar rumah
bermula dengan seketul bata. Oleh itu, perpaduan kaum haruslah bermula semangat
kejiranan yang utuh.
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan semangat
kejiranan semakin luntur, antaranya perubahan gaya hidup masyarakat yang
terlalu sibuk dengan hal sendiri serta sibuk mencari rezeki masing-masing.
Tiada lagi masa untuk berborak dan saling tegur menegur antara satu sama lain.
Kos sara yang tinggi menyebabakan masyarakat mengejar kekayaan yang perlu
mencari duit lebih sehingga bekerja lewat malam. Akibatnya, mereka keletihan
dan kesuntukan masa dan tiada lagi masa untuk berjiran. Tidak bertegur sapa.
Berbeza dengan zaman dahulu yang saling memerlukan kerjasama antara mereka
untuk mencari sesuap nasi seperti melakukan pekerjaan bercucuk tanam, pertanian
dan sebagainya.
Seterusnya, kemajuan dalam bidang
teknologi atau media massamerupakan factor lunturnya kejiranan. Masyarakat
sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan tersebut dan tidak memerlukan
mereka untuk keluar dan bersusah payah untuk mendapatkannnya.Dengan adanya
kemudahan yang lebih canggih mereka tidak hiraukan orang sekeliling dan budaya
sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesame jiran semakin
berkurangan. Ini menyebabkan komunikasi dan sikap ramah-tamah kurang dalam
pergaulan antara satu sama lain. Mereka lebih gemar berkomunikasi dengan
kemudahan canggih tersebut.
Disamping itu, arus pembangunan yang semakin pesat menyebabkan negara
menjadi punca semangat kejiranan berkurangan. Mereka lebih banyak menghabiskan
masa dengan mengunjungi tempat berkaraoke, membeli-belah, taman permainan dan
sebagainya. Kita haruslah mengurangkan masyarakat yang mementingkan diri
sendiri dengan tidak bergaul sesame jiran. Ini akan menyebabkan masyarakat
tidak akan berjaya kerana perpaduan mereka amatlah rapuh dan mudah dipengaruhi
anasir luar. Kesimpulannya, pembangunan yang begitu pesat akan melanda negara
menjadi punca lunturnya semangat kejiranan.dalam masyarakat kini.
Kepentingan
semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di
sesuatu tempat. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang
diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti
gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat
mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan. Mereka
akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan
warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat
kejiranan yang dipupuk dapat membentuk
kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang
kukuh dan ampuh. Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat
membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Semangat kejiranan membolehkan semua anggota
masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini
boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya
memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling
menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat
yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Seterusnya,
semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan
melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali peristiwa 13 Mei
1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah,
negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman.
Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami
antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan
budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka
agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat
kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya
dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di
samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan
kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada
rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam
keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur,
dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika
masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala
kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat
dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan
telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan
taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan
kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan
perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat
tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat
dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan
oleh pihak kerajaan.
Negara
yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu
padu seia sekata. Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan
kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat
kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu
melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat
cinta akan negara. Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk
pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh,
mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan
negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor
merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan
beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan jalur gemilang
dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat
Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat
bagi melaonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
Semangat
kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong
asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik,
mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam
komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik
kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya
pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta
tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang
amat disukai oleh para pelancong asing tersebut. Selain di kawasan bandar,
produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar
bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan
masyarakatnya. Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu
memberangsangkan kepada negara.
Antara
kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita
menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kehidupan kita
tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan
atau kematian. Jika kita menghadapi sesuatu bencana sudah tentunya jiranlah
orang yang paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jika kita sakit,
jiranlah yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi
mendapatkan rawatan.
Selain itu, semangat kejiranan yang
terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita. Semangat kejiranan akan
mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita
mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada
waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada musim
perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara,
jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita.
Kebaikan lain semangat kejiranan ialah jiran akan dapat membantu kita
dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala
memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita.Dengan adanya bantuan jiran ini
majlis tersebut menjadi ringan dan Berjaya dilaksanakan.
Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di
tempat tinggal kita dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati
anak mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu
ketenteraman membuat bising dan perkara berbahaya di kawasan kejiranan.
Di
samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat perpaduan dikalangan
rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup
dalam keadaan aman dan damai. Nyatalah semangat kejiranan banyak memberi
manfaat baik kepada diri sendiri, penduduk setempat dan masyarakat umumnya. Manfaat
yang lebih besar lalah semangat kejiranan ini dapat mendorong terjalinnya
hubungan baik antara kaum dan membawa kepada perpaduan kaum.
1.6 ADAB-ADAB
BERJIRAN
- Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.
- Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
- Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda; “Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim)
- Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
- Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takabbur.
- Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.
- Menyintai mereka seperti mana kita menyintai diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.
- Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan, pelajaran, kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
- Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai, termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian, khidmat dan pertolongan yang diberikan.
- Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita. Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kira, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran. Pertama, jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim. Kedua, jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim dan Ketiga Jiran Bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.
- Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahgiaan ialah ‘jiran yang baik’.
- Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya, anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.
- Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.
- Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka, agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.
- Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.
- Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.
- Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah.
- Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dillakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.
- Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.
- Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.
- Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.
- Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.
- Memberikan segala bentuk pinjaman yang mereka perlukan.
- Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.
- Mengucapkan tahniah ketika sempena-sempena tertentu, terutama ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.
- Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa mala petaka dan bencana.
- Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya. Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah mereka.
- Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita masak dari rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan tersebut untuk mereka nikmati.
- Menghadiahkan mereka dengan buah-buahan yang kita beli.
- Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran
Sebagai
kesimpulan, hubungan yang lebih erat antara jiran dalam masyarakat merupakan
ciri masyarakat yang berkualiti dan prodaktif. Selain itu, perpaduan juga dalah
kunci kemakmuran dan sejahteraan negara. Tanpa perpaduan negara kita mungkin
akan berpecah belah dan masyarakat tidak dapat hidup dalam keadaan aman dan
aman. Perpaduan yang lahir daripada hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik
memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai, saling tolong menolong dan
mengamalkan sikap bertanggungjawab sesama mereka. Jika tidak dijaga ini akan
menjadi permusuhan dan akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan
negara. Oleh yang demikian, semangat kejiranan memainkan peranan yang amat
penting dalam menjana kehidupan yang sempurna, aman dan harmoni.
Kemakmuran
sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam
setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat
merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Selain itu, perpaduan juga adalah
kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada
dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran.
Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling
mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini
diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang
akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh itu, semangat kejiranan
memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman
dan harmoni.
Semangat
kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di
Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana
malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, semangat kejiranan bukan sahaja
penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita
malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus
cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang
bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang
dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan.
Adanya
semangat kejiranan menjadikan budaya masyarakat di Malaysia menjadi lebih unik
pandangan orang luar negara. Tuntasnya, semangat kejiranan dapat mengkekalkan
keharmonian dalam kalangan rakyat malah memberi sumbangan cukup besar bagi
memastikan Malaysia terus cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.
Ini menjadi modal insan kearah kegemilangan negara.
Comments
Post a Comment